Saturday 5 November 2011

Hari pertama aku hidup dalam blog

Gedung Ilmu yang harusku terokai untuk berjaya
Sangat kelakar. Sebelum ini aku memandang sepi kepentingan blog dalam kehidupan harianku. Hanya tahu ber Facebook sahaja. Namun setelah ianya menjadi keperluan untuk aku mengenggam segulung ijazah dalam Program Pensiswazahan Guru Pengajian Jarak Jauh di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terpaksalah dengan rela hati menyediakan blog ini. Emm... masih tidak nampak lagi kehebatan dan keistimewaan blog. Selama ini semua mengatakan melalui blog, pendapat dan idea seseorang dapat disampaikan secara berkesan selain cara Mark Zuckerberg itu. Oleh itu, demi apa sahaja untuk masa hadapan dan apa sahaja untuk subjek KRT3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Sekarang saya sudah jadi seorang blogger!